Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) – Laungan slogan anti Israel bergema di hadapan Masjid Negara Kuala Lumpur sempena Hari Al-Quds Sedunia yang disertai berbagai lapisan masyarakat. Menurut laporan berita Mehr, bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamed di akhir perarakan ini berkata bahawa kemenangan warga Palestin dan berakhirnya penjajahan bumi Palestin dari pihak musuh bergantung kepada perpaduan umat Islam di seluruh dunia. Menurut beliau lagi, jikalau satu bilion 600 juta umat Islam di seluruh dunia saling bersatu, nescaya masalah yang dihadapi oleh saudara-saudara muslim di Palestin akan selesai. Dr. Mahathir menyatakan kegembiraan beliau atas penyertaan umat Islam di Hari Al-Quds Sedunia sambil menganggap protes terhadap penjajah bumi Palestin adalah masalah yang sangat penting.





